CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 13, 2008

Selamat Tinggal....

Hari yg amat menguji kami sekeluarga..

Entah mengapa,ingin aku kongsikan disini.. mungkin kerana sudah kering air mata ini utk kutitiskan lagi.. namun, sisa-sisanya masih lagi hangat mengalir.. sesetia malam pada siang.. begitulah setianya airmata pada kesedihan dan kedukaan..

Bukan niat aku untuk menidakkan ketentuanMu Ya Allah, jauh sekali ingin melawan kekuasaanMu.. Nauzubillah.. tapi aku masih lagi tidak mampu untuk menampung kesedihan dan kedukaan akibat daripada kehilangan anak buahku ini.. aku pun xtahu bagaimana perasaan dan situasi ibunya sendiri pada masa itu dan sekarang.. aku pun xtertanggung kesedihan ini.. Ya Allah.. Kuatkanlah hati kami semua diatas ujianMu yg maha hebat ini..

Alkisahnya mlm semalam, aku telah menerima berita bahawa kakak iparku telah sakit perutnya lalu ayahnya memanggil nurse dan ambulans ke rumah.. Sesampainya nurse ke rumah, seperti biasa, dia melakukan pemeriksaan ringkas dan mendapati bahawa tiada pergerakan bayi dlm perut kakak iparku.. Pelik seketika nurse itu.. MasyaAllah.. kakak iparku terus dibawa ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.. Sesampainya disana, doktor yang memeriksa kakak iparku mengesahkan bahawa mmg betul, tiada pergerakan bayi,bermaksud bayi telah meninggal..

Siang hari tu, kakak iparku mmg perasan yg mana perutnya terasa keras semacam je,telah diberitahu pada ibunya,tapi kata ibunya, itu mmg tanda2 ingin melahirkan anak.. Org2 tua lain pun cakap gitu.. Mmg ‘due’ kakak iparku telah sampai.. Due dia 14hb10, tapi tidak kami sangka yg pada saat-saat ini jugalah Dia hendak mengambilnya..

Hebatnya ujianMu ini Ya Allah.. ibu dan ayahku terus bergegas ke hospital sejurus sahaja menerima panggilan daripada besan mereka pada mlm itu, kira-kira pukul 10.30mlm.. aku hanya menunggu dirumah sambil menjaga adik-adikku dan anak buah seorang, Mohd Adam Hakimi (anak sulung kakak iparku) yang kebetulannya menghabiskan masa hujung minggunya dirumah atuknya ini.. Aku yg xdapat membendung kesedihan, terus xdapat tidur, sementelah anak sulungnya ada dengan aku.. Manakala kakak iparku hanya ditemani ibu ayahnya serta mertuanya sahaja, tanpa suami disisi.. Lagila sedih dia.. Aku yg memikirkan tanpa mengalaminya sendiri pun tidak mampu untuk melawan titisan-titisan airmata daripada terus jatuh, setitik, dua titik, dan terus dihujani airmata.. Itulah perempuan.. Sehingga sekarang pun, aku masih lagi terasa kehilangannya..

12 Okt 2008
Awal-awal pagi, aku telah menyiapkan diri dan adik-adik utk ke rumah kakak ipaku di Kg Kubang Bemban, Pasir Mas.. sambil-sambil menunggu anak buah bangun, aku mengemas sedikit sebanyak rumah dan bilik aku.. Setelah anak buahku bangun, aku menerangkan padanya situasi ibunya yg telah sakit perut dan baby yg telah tiada.. Dia hanya mengangguk perlahan bila aku tanya dia paham ke x.. Tanpa ada sebarang rasa sedih.. Ahhh,mgkin dia masih mamai.. Lagipun dia baru 5tahun.. Mungkin sukar untuk memahami situasi yg agak rumit ini.. Aku menyiapkan dirinya dan kami (adik-adik dan ayah yg baru pulang dari hospital pada pukul 7pagi) terus keluar.. Kam i singgah di kedai makan di Meranti utk makan pagi dan meneruskan perjalanan. Ibuku memaklumkan bahawa kakak iparku sempat melahirkan bayinya lebih kurang jam 10.15pagi.. Alhamdulillah.. Walaupun hanya jasad yg keluar, tetapi sekurang-kurangnya, kakak iparku telah melahirkannya tanpa sebarang komplikasi lain.. tapi aku xpasti samaada bersalin normal ataupun dengan bantuan injection daripada doktor.. logiknya mestilah kena injectin 2, sbb dah xde dah penolakan daripada baby.. entahlah, susah untukku utk membuat kepastian kerana aku tiada di hospital, untuk bertanya ibuku ataupun ma (panggilanku pada ibu kakak iparku) adalah mustahil kerana masing-masing hanya bercakap perkara yang wajib saja.. semua tengah bersedih..

Jenazah tiba dirumah kakak iparku lebih kurang jam 11.40pagi… Aku? Aku xsanggup melihat ibuku keluar daripada perut kereta dengan mamangku arwah anak buah baruku itu... Melarikan diri seketika... Namun, ku gagahkan juga diri utk mendekati dan melihat sendiri arwah.. MasyaAllah, Cantiknya dia.. Sgt cute.. Putih melepak.. Tp mungin sgt putih sbb ditambah keadaan pucat jugak.. besar jugak dia.. 3.7kg.. Semua org puji dia.. Cantiknya.. Manis.. Cute.. Putih.. dll lagi.. Lagila air mata merembes lagi.. Kali ni lagi laju.. Aku terus melarikan diri lagi.. Tp kali ni, aku cepat2 aku kuatkan hati, tenangkan diri dan terus menolong ape yg perlu utk persiapan memandikan jenazah..

Siapnya proses memandikan jenazah, azan Zohor sayup-sayup kedengaran dari masjid berdekatan.. Alhamdulillah.. Semua proses berjalan dgn lancar.. Lebih kurang pukul 1.35ptg, ahli masjid yg dijemput sampai dan jenazah terus disembahyangkan.. Sesudah disembahyangkan, ayahku terus memangku jenazah dan membawa ke tanah perkuburan berdekatan dengan menaiki kereta yg dipandu aku dan selamat disemadikan bersebelahan dengan kubur moyangnya..

Ahhh..aku teringatkan ayahnya.. Babanya itu tiada di Malaysia sekarang kerana dalam tempoh training di Jepun.. Akhir bulan 12 baru balik.. Macamana lah dia disana, menerima berita yg amat2lah xdisangka ini.. Dah la jauh.. Pagi2 2, dia menelefon utk bertanyakan khabar, terus ayahku mengkhabarkannya.. dia mewakilkan pada ayahku dan keluarga utk menguruskan jenazah.. Ya Allah, kuatkanlah semangat abangku itu.. Bagaimana dengan kakak iparku sekarang? Setelah selesai semuanya ptg tadi, aku fwdkan msg pada semua adik beradikku dan memberitahu bahawa baby
Nur Amalin Aimy Binti Mohd Saifullah telah selamat disemadikan.. Lepas je fwd msg, aku mendapat panggilan daripada abg2 dan adik2ku.. Tp aku hanya bercakap seringkas2nya sahaja kerana perasaan yg sgt xkeruan.. Minta maaflah semua kalaulah suaraku xberapa jelas dek esakan dan tangisan..

Aku balik kerumah bersama-sama dengan anak-anak buahku yang 2 org itu kerana kakak iparku still lagi kat hospital,mgkin arini bru leh discharge.. Dan malam td, anak-anaknya tdo ngn aku.. sempat lagi si adik bangun kul 10.15mlm dan beberapa kali lagi.. kurasa adela dalam 5,6kali bangun.. Merengek dan menangis nak g kat ibu dia.. alahai.. sebak lagila aku.. Tapi setelah dupujuk2, dia ok balik.. pas2 bgun nangis lagi.. huhuhuhu…

Semoga kehidupan abang dan kakak iparku itu akan dirahmati Allah.. Semoga roh anak buahku itu bahagia, menunggu kedatangan baba dan ibunya di alam sana..

Aminn.. Al-Fatihah…


Anak buahku - Mohd Adam Hakimi ( 5 Tahun )

Adiknya - Nur Amalin Aina ( 2 Tahun )


0 yg best.. :):