CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 5, 2008

SALAHKAH WANITA TAK TAHU MEMASAK???


SALAHKAH WANITA TAK TAHU MEMASAK???
www.iLuvislam. com
dihantar oleh: samskhad

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.



Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! Kan???

14 yg best.. :):

six_6pm said...

(tora datang lagi untuk mengomen..hihihi)
uikkk..mmg wajib tuh.t'utamanya lepas kawen.
kalau isteri memasak untuk suami.. barulah suami makin cayang ama isteri. Sebab,
a)isteri memasak utk suami atas dasar kasih sayang.Berkat rasa kasih,cinta isteri dan doa/zikir ketika memasak akan menjadi pendorong untuk suami melakukan kerja hariannya (utk cari rezeki mahupun beribadat).hohoho
b)sila rujuk jawapan a (sama gak)ekeke
DiIndia bhgn mumbai, ada perkhidmatan menghantar makanan yg dimasak oleh isteri utk suami masa keja,sbb si suami dsana, konfem xmo makan jika bkn masakan si isteri.
(aku tengok dari discovery channel astro)
uikkk..pjgnya komen aku..sekian makasih----zassss---

P/S Semua wanita tahu memasak, cuma masalahnya sedap @ tidak sahaja yg menjadi perbezaan.

Unknown said...

farah - sebelum kahwin dulu kakchik meletakkan syarat berikut untuk calon suami:
1. mesti khatam quran
2. boleh jadi imam, kalau disuruh tak segan untuk ke depan
3. tidak merokok - seluruh keluarga alahan dengan bau rokok
4. ilmu agamanya lebih dari kakchik
semasa taaruf, inilah yang kakchik tanya.

suami pernah cakap, dia suka kalau perempuan ada 3M; memasak, memandu dan menjahit (cakap masa taaruf dulu) tapi kakchik masa tu hanya qualify 2 yang terakhir je, tu pun sekarang jarang menjahit.

Dr Zek said...

btl kata kakchik tu...
tp calon isteri lak camne eik...masak?..mmm...

~Siti Nur Hawa M_S~ said...

hmm..masak???
pandai la skit2..
hehehe

Farah Azura Shargawi said...

to KakChik : farah n famili pun meletakkan syarat yg lebih kurang cam KakChik jugak,cuma tmbah kalu bleh nak orang Klntan.. yg lain2 2 sama cam KakChik.. tp masalahnye, calon skrg ni dia cam xbrani sgtla nak kedepan tuk jadi imam.. mybe dia cam xbersedia ngn ilmu2 yg secukupnye la kot..

to Dr Zek : tuk calon isteri, atas keinginan masing2 lah.. de lelaki yg suka pmpuan yg seksi, yg rugged, yg cantik dll lagi lah.. ade jugak yg meletakkan syarat nak wanita solehah, berwajah keibuan dan pandai mengambil hati org tua.. macam2.. Dr Zek dah kawin blum? Dr Zek punye ciri2 wanita idaman camane plak?

to Kak ct : memasak ni cam dah sebati dah ngn jiwa kita org pmpuan ni,kan.. kalu xpandai n xbiase pun, blaja kit2 n apply, pandai lah.. yg penting, kena praktikkan, barulah de improvement,kan..

Tmbahan : Pd saya, pandai masak bagi kaum isteri ni leh la dikatakan wajib.. sbbnye, cam six_6pm cakap, kebanyakan suami suka masakan dan hasil tgn isterinya sendiri.. penguat kasih sayang.. pahala pun Allah janjikan kalau isteri memasak tuk suami.. mmmm..

apisz said...
This comment has been removed by the author.
liyana said...

nice..admit that include in the group.. can't cook..huhu

fajridil adha said...

ppuan mesti kena pandai masak.bkn pandai MAIN je.hehe

nanchan said...

sesuatu yg bermula dgn kasih syg sepatutnyer x leh di kaitkan dgn bende2 lain kecuali melibatkan agama..

contoh memasak..
x pandai masak?
ape ade hal..
makan luar
la...
cume hubungan tu pada masa depan mcm kureng ar nti..
kalo isteri pandai masak..
mgkin lg indah..relationship tu leh akrab lg..
tp x dikatekan wajib pandai masak..
x jugak dikatekan x wajib..
kalo tau sikit pun orait la..

tapi kalo lelaki..
mmg wajib blaja2 jd imam..
kalo x..nti cam ne nk ajak anak2 solat..
ade orang kate..
suasana kalo lepas solat bersame-same bg sepasang suami isteri sgt lah bestnyer..
ye la..
pas solat isteri cium tgn suami..
kan lg erat hubungan..
kalo pagi2 marah2 si isteri x masak..
tup2 tgh hari mase zohor tu da x marah nyer la..
kire sattel sume..

Sheikh Helmi said...

Yup,u r correct.. man should start lead d prayer,though in his famly...
dat shuld b d criteris need to be emphasized..

Farah Azura Shargawi said...

to liyana : uhuhu...

to faj : woi3... out of coverage area..

to sheikh helmi : agreed!!

Farah Azura Shargawi said...

to nanchan : betul3...

Valai Timpak Burul said...

Semasa saya mencari calon isteri dahulu, hanya satu perkara yang saya ingin tahu macam mana dia menjaga kelurga dan hati saya sebagai suami, bila dah jadi suami isteri..pandai memasak bukan segala-galanya. Macam mana tahu memasak sekali pun kalau tidak pandai menjaga keluarga tiada maknanya. Saya dan isteri saya berumahtangga selama 11 tahun dan isteri saya masih tidak pandai memasak nasi pun. Nasib baik lah mak tinggal dengan kami...apa pun kami sangat bahagia.

Farah Azura Shargawi said...

to setuffo : saya setuju ngn kamu.. tp not 100%, hehe.. betulla 2.. pandai memasak bukan perkara utama.. but if ur mrs nak blaja slow memasak ni, mesti kamu lagi suka,kan? encourage la dia masak ski2 sementara mak tggal bersama lagi 2.. saya lagi suka kalau mrs kamu leh masak tuk kamu.. tp yg sekarang ni pun saya dah tumpang bahagia dah :)