CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 28, 2009

Dah Lagu Tu - M.Nasir

Istanamu telah lama didakap debu
Serinya pula telah hilang
Aku datang tepat waktu
Tapi kau masih ragu kesan luka lalu

Raja-raja dulu telah fana di makan zaman
Kini tinggal kau tanpa pilihan
Kecuali mahu membiarkan
Hidup di awang-awangan
Mengharapkan yang tak mungkin menjelma

Dah lagu tu nak lagu mana lagi
Biar bagaimanapun kau cuba menghindari
Aku berikan padamu kembang penawar luka
Tiada lagi hari sedihmu

Raja-raja dulu telah fana di makan zaman
Kini tinggal kau tanpa pilihan
Kecuali mahu membiarkan
Hidup di awang-awangan
Mengharapkan yang tak mungkin menjelma

Sanggupkah kau melepaskan cinta
Dan menantikannya untuk selamanya
Aku berikan padamu kuntum penawar luka
Tiada yang lebih dari itu

Dah lagu tu nak lagu mana lagi
Biar bagaimanapun kau cuba menghindari
Aku berikan padamu kembang penawar luka
Tiada hari seindah ini

Monday, December 22, 2008

Membuat Keputusan..

Apa faktor-faktor yg anda ambil kira sebelum membuat keputusan - pilihan hidup..
1) persetujuan semua ahli keluarga (mak ayah adik beradik)
2) hati sendiri (walaupun ade ahli keluarga xbape setuju)
3) petunjuk daripada solat sunat istikhoroh
4) kombinasi ketiga2 faktor diatas
5) lain-lain faktor (sila nyatakan)

Saturday, December 6, 2008

Isteri Kedua???

Kelebihan jadi isteri kedua:
1) Mempunyai lebih masa untuk bersama anak-anak @ kawan-kawan
2) Tidak perlu menyediakan keperluan suami tiap-tiap hari


Kekurangan jadi isteri kedua:
1) Suami xselalu ade disisi waktu kita memerlukan
2) Kemungkinan cemburu - Sebab kena berkongsi suami


-> Bagi yg gadis-gadis yg belum kawin : ape pendapat anda kalau anda diproposed as to be a 2nd wife?
-> Bagi wanita yg dah kawin, ape pendapat anda tentang isu ini?
-> Bagi suami @ lelaki yg belum kawin, ade nasihat atau pendapat pada gadis-gadis yg diproposed ini?


p/s: tidak berkaitan dengan saya..

Wednesday, November 26, 2008

TAG from DADDY...

Uhuhu.. TAG dapat 18.11 lagi.. ni dah nak masuk bulan 12 dah.. baru nak dilunaskan.. ampun ye Daddy.. farah sesangatla byk keje.. uhuuu..

Da Instruction : Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog. (Wow..ni cam tag tuk mengorek rahsia ku jerkk.. xpe.. farah jenis yg sharing.. not a big deal,ahaa..)

1. Farah penah kena operate (total thyroidactomy) - Pada 21.7.08, masuk wad 20hb, operate 21 hb pada jam 11a.m, kua kul 3.30p.m.. then discharge pada ari isnin da next week (9 ari gak ler kat wad).. sebabnye kalsium dalam badan plak low (bwh tahap minima).. smpai skrg pun stil lagi on kalsium, tp da cut off da skit dos - ikut nasihat doc yg review..

2. Farah mudah sayang n kesian kat orang - mudah sayang org ekk.. uhuhu.. ni la kelemahan Farah yg paling nyata.. sebabnye sayang ni melibatkan hati farah.. mudah sayang n mudah xsuka.. selagi xkawen, gini la Farah kot.. da kawin InsyaAllah setia la pada suami sorang..

3. Workaholic - mmg keje je manjang (uhuhu power lense naik lagi ni.. asyik ngadap laptop je).. kekadang lupa time rehat n time balik.. mgkin sbb still single kot.. xbanyak menda nak kena pikir..

4. Sgt suka kucing n binatang2 yg kiut miut - anak kambing n anak biri-biri sgt cantik.. ibu kambing yg tengah bunting pun cantik n cumil.. anak kambing n anak2 lembu berlari2.. alahai.. cam nak amek n simpan kat bilik je rasa..

5. Mudah terpengaruh - contohnye, org terdekat cakap, lagu ni best.. Farah dgr n then akan bersetuju n akan suka gak lagu 2.. cth nye la.. mudah jugak terpengaruh ngn pendapat & falsafah org sekeliling terutamanye mereka yg rapat ngn Farah.

6. Kuat cemburu - sgt kuat cemburu.. pakwe de kwn pompuan xleh.. Farah d ramai kwn laki xpe.. ehehe... xbiase berkongsi beb.. huhuhu..

7. Ganas - Farah rasa cam Farah ni telebih gen lelaki jela.. bawak kete laju.. jalan xmacam pompuan dll lagi lah.. mmm...




Malique ft. M.Nasir - Mantera Beradu

Masih belum sempurna

Gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia

Kulitku tebal ku bebal ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
biniku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acap belakang parang

Hunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Yo!! Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi

Peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron testarossa
cita-cita sosa KL KL Cosa Nostra
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura-kura salah jawab pantun naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju

Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belot maut

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Puisi hatimu
hatimu puisi
palu hatiku
palu hatiku

Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku berbahasa baku
tata kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna


P/S: Lagu-lagu M.Nasir kebanyakannya berkisarkan keTuhanan dan jati diri serta kehidupan kita sebagai hamba didunia ini sebelum kedunia yg sememangya pasti dan dijanjikan kelak..

Lagu Mantera Beradu ni mmg saya sgt minat.. Bila dihayati dan difahami, lagu ni sebenarnye mempunyai maksud yg mendalam dan tersirat.. sehinggakan kekadang memberi erti yg berlainan..
Apa pendapat anda?