CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 26, 2008




Malique ft. M.Nasir - Mantera Beradu

Masih belum sempurna

Gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia

Kulitku tebal ku bebal ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
biniku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acap belakang parang

Hunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Yo!! Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi

Peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron testarossa
cita-cita sosa KL KL Cosa Nostra
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura-kura salah jawab pantun naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju

Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belot maut

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Puisi hatimu
hatimu puisi
palu hatiku
palu hatiku

Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku berbahasa baku
tata kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna


P/S: Lagu-lagu M.Nasir kebanyakannya berkisarkan keTuhanan dan jati diri serta kehidupan kita sebagai hamba didunia ini sebelum kedunia yg sememangya pasti dan dijanjikan kelak..

Lagu Mantera Beradu ni mmg saya sgt minat.. Bila dihayati dan difahami, lagu ni sebenarnye mempunyai maksud yg mendalam dan tersirat.. sehinggakan kekadang memberi erti yg berlainan..
Apa pendapat anda?

6 yg best.. :):

Dr Zek said...

post yg ni agak menarik minat zek...
zek suka gila ngan lagu ni...tp lagu ni konsep hip hop agak kurang sesuai untuk menceritakan tentang ketuhanan..lain la ia berkonsepkan nasid...mungkin lari tajuk skit...by d'way i really love that song so much

Dr Zek said...

i will post it with gitar chords later in my blog...kene cari chords dia dulu...lirik farah dh ada kan...so it make me easy...

Cenangau said...

~Dari tegap bertimpuh biar rebah merempuh~ M.Nasir

Farah Azura Shargawi said...

Dr Zek : Farah pun suka giler lagu ni.. uhuhuhu..

Cenangau : saya xpandai sgtla bhsa2 sastera ni.. kena blaja ngn awak kot.. ehehe..

Unknown said...

seperti yg cik Farah ckpkan...
"Bila dihayati dan difahami, lagu ni sebenarnye mempunyai maksud yg mendalam dan tersirat.. sehinggakan kekadang memberi erti yg berlainan.."

betul sgt2...

Farah Azura Shargawi said...

Catatan Tambahan :

Daripada blog 'cenangau' http://cenangau.blogspot.com/2008/09/akhirnya-sempurna.html

1- Schizo - Versi ringkas schizophrenia, sejenis penyakit mental. Paranoia atau ketakutan melampau adalah salah satu simptom penyakit ini.

2- Testosteron - Hormon biologi dihasilkan manusia/haiwan. Biasanya dikaitkan sebagai penghasil ciri kelelakian/kejantanan.

3- Testarossa - Salah satu jenama kereta Ferrari

4- Sosa - Ini aku tak tahu. Tak pasti sangat bunyinya. Haha.

5- Cosa Nostra - Nama lain bagi Mafia, kumpulan penjenayah rahsia bermula di Pulau Sicily yang kini di seluruh dunia.