CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 28, 2010

salam... :)

at last - dapat jugak saya masa utk post something sini... last post aug 09 - whoa...

sempat ziarah blog kwn2 sakni.. Dr Zek, Dr Aina, Kak Chik...

tp xdapat nk leave comment.. ade prob..

adoi...

sekarang bz lg.. erm sape yg x bz sekarang kan?

masing2 ade tugas n tanggungjawab...

take care sume..

wassalam...

Monday, August 10, 2009

Salam..

Lamanye xupdate..
bukan xingat, bukan xrindu..
tp xde masa.. sungguh..
apelagi pas tukar background aritu, trus hilang sume link yg dah di set up b4..
2 yg jadi lagi malas nak bukak blog ni..

anythings frends, just take care urself n dont simply believe person.. huhu..

can add my FB @ farahazura1@yahoo.com

Note: Untuk sume muslims n muslimah - Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.. sama2lah kita upgrade diri kita kearah yg lebih baik.. InsyaAllah..
sama2lah kita berdoa dan usahakannya..

Monday, July 6, 2009

Sekadar Renungan..

BUAT PEDOMAN BERSAMA. Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu......

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang L ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

from:Faj09

Wednesday, June 10, 2009

lets have our lunch!!!!

hi everybody..
dont forget 2 take ur lunch..
ngeeeeee...
aummmm....

Tuesday, May 12, 2009

keje.. keje.. keje..

hehehe... selamat bekerja utk sume..

caiyox!!

Wednesday, May 6, 2009

Nostalgia Jodoh - From my email.. Read it.. sob3... terharu..

ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones.
Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati..Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cintapertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi.. Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.
Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. Walaupun baru kutinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang selamanya.Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang kucintai, arkitektur. Dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia, kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.“Saya cabar awak.”“Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which means in this three months time. It’s just a challenge. If you aren’t dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much.. Well, what would you say?”Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atasku.
Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. Gila.Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan menghakimi perbuatanku.
Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar, suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya.Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetapjanji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama.
Hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku..Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain.Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, “Yes sir!” atau “No Sir!” dengan tegas. Aneh..Entah mengapa, setiap kali dia menyebut namaku, Aisyah, aku rasa menyampah.Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja
Menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial, dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. Kadangkala, terasa seperti diaibkan.Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.
Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya ‘nanah’ itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi.Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya - menghantar rombongan dan merancang majlis.
Ibu tergamam tatkala cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari ‘bahagiaku’ menjelang. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah.
Tidak henti-henti aku menguntum senyum ‘bahagia’. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini.. Hatiku ketawa puas.Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-rakan, kami diijabkabul.. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu.Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah aku?
Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik.. Tiada bulan madu. Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen.. Aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama ’suamiku’. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.
Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kamimenyedarkanku.. Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku.Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal.
Runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi..
Jam satu petang terjaga, aku panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Kusemak hingga helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah... Sebahagiannya bukankerjaku, pasti kerja dia.
Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan, makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i’ll fetch you. I’m half day today. So then, take care. Again,sorry.-Zhafran-Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai.
Aku menangis, meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah!Tiga bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke Glasgow .Tanpa perasaan, kunyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian mengangguk dan berlalu.
Ibu bapaku hanya kuberitahu tentang hasrat menyambung pengajian.Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-adikku dan tersenyum memandangku.Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku.
Sampai giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh. Perlahan-lahan kutunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang. Bangkit semula, dia mencium dahiku lama.
Dengan perlahan, dia berbisik, “Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak bahagia.”Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan, aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya.
Namun hatiku benar-benar pedih.Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor Zhafran kudail. Lama baru kudengar suaranya. Hatiku pedih.“Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci awak."Sir, i hate you.. I have to since i realized that i’ve fallen into you thesecond you call out my name years ago and i can’t believed it.
“Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan saya. Tapi saya tak layak untuk awak!” Aku teresak.“I’m sorry i love you sir. But i’m so sorry i can’t love you. Take care.
”************ ********* *****
Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati hati,menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf, dia sudah berubah, juga minta kukembali padanya. Maaf, hatiku bukan lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran. Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.
Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru. Melupakan? Semakin kuberusaha, semakin kusedari betapa kumerinduinya.
Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin.. Musim luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan. Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam! Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.“Langsung tak berubah, suka mengelamun.”Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang kurindui itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.“Ikut saya.” Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu masjid. Agak ramai orang di dewan utama.
Dia berpusing memandangku. Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.“Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. Sekarang ni,saya nak kita masuk dalam dan nikah semula.”Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam.
Tanpa sedar aku menapak selangkah ke belakang. Dia menghela nafas. “Aisyah, awak tahu tak saya dah lama sayangkan awak?”“Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa bersalah,saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab itulah saya dinginterhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci saya.
Malam tu di Bali , sebenarnya saya melamar awak takut-takut. Tapi lain pula jadinya.”Aku tergamam dengan penjelasannya.“Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak..”
Dia berhenti.“Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak, memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan awak, saya nak awak jadi isteri saya semula.”Matanya bergenang. “Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok awak ketawa depan TV.
Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu.”Terdengar esakan.. “Aisyah, i need you, i love you so much. I can’t be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your real husband again?”
Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-katanya.“Aisyah, yes or no?”Lamunanku tersentak.. “Yes sir! I do!”Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu..
Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali,maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia membuatkan aku yakin pada diriku..
Banyak perubahan berlaku padaku sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya. .
Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya.
Oleh itu, Zhafran, terima kasih untuk segalanya.“Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your help.”“Yes sir!!”sekian."nama penulis tak dapat dikesan" ...hahahaa
********************************************************************************************************"in
life, ALLAH doesnt give you the person you want, instead he gives you the person you need...to love you... hurt you and teach you the real meaning of life..."
P/S : Errr... mmg saya copy sepenuhnye... hehe...

Wednesday, April 29, 2009

STATUS TERKINI...

SALAM SUME..

HEHEHE..

STATUS FARAH AZURA YG TERKINI : PENCARI KEJE TEGAR..

HAHAHA... ANY VACANCY, PLEASE DO NOT HESITATE TO CONTACT ME..

HIHIHIHIHI...

ADUH, XLEH LAA XKEJE WPUN KESIHATAN XBAPE OK LAGI...

PRAY 4 ME, FRIENDS...

Wednesday, March 4, 2009

again again n again..

prob prob n prob...

Thursday, February 26, 2009

.............

menangis.. menangis.. menangis..

bukan senang menjadi aku..

doa pun dah, tp nape stil gini?

aku pun xpaham..uhuhuhu...

bukan mengeluh, tak sedikitpun maratapi ketentuan Tuhan,

cuma aku kekadang xsanggup tuk menghadapi hari-hari ini dan yg mendatang

hari-hari yg masih belum tentu utk aku..

Ya Allah... aku tau aku kuat.. tp kdg2 aku xmampu mengharunginya sorg2..

Sunday, February 22, 2009

Doa Buat Kekasih - Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

mmm...

sdg menunggu org tersayang balik..

Wednesday, January 28, 2009

Dah Lagu Tu - M.Nasir

Istanamu telah lama didakap debu
Serinya pula telah hilang
Aku datang tepat waktu
Tapi kau masih ragu kesan luka lalu

Raja-raja dulu telah fana di makan zaman
Kini tinggal kau tanpa pilihan
Kecuali mahu membiarkan
Hidup di awang-awangan
Mengharapkan yang tak mungkin menjelma

Dah lagu tu nak lagu mana lagi
Biar bagaimanapun kau cuba menghindari
Aku berikan padamu kembang penawar luka
Tiada lagi hari sedihmu

Raja-raja dulu telah fana di makan zaman
Kini tinggal kau tanpa pilihan
Kecuali mahu membiarkan
Hidup di awang-awangan
Mengharapkan yang tak mungkin menjelma

Sanggupkah kau melepaskan cinta
Dan menantikannya untuk selamanya
Aku berikan padamu kuntum penawar luka
Tiada yang lebih dari itu

Dah lagu tu nak lagu mana lagi
Biar bagaimanapun kau cuba menghindari
Aku berikan padamu kembang penawar luka
Tiada hari seindah ini

Monday, December 22, 2008

Membuat Keputusan..

Apa faktor-faktor yg anda ambil kira sebelum membuat keputusan - pilihan hidup..
1) persetujuan semua ahli keluarga (mak ayah adik beradik)
2) hati sendiri (walaupun ade ahli keluarga xbape setuju)
3) petunjuk daripada solat sunat istikhoroh
4) kombinasi ketiga2 faktor diatas
5) lain-lain faktor (sila nyatakan)

Saturday, December 6, 2008

Isteri Kedua???

Kelebihan jadi isteri kedua:
1) Mempunyai lebih masa untuk bersama anak-anak @ kawan-kawan
2) Tidak perlu menyediakan keperluan suami tiap-tiap hari


Kekurangan jadi isteri kedua:
1) Suami xselalu ade disisi waktu kita memerlukan
2) Kemungkinan cemburu - Sebab kena berkongsi suami


-> Bagi yg gadis-gadis yg belum kawin : ape pendapat anda kalau anda diproposed as to be a 2nd wife?
-> Bagi wanita yg dah kawin, ape pendapat anda tentang isu ini?
-> Bagi suami @ lelaki yg belum kawin, ade nasihat atau pendapat pada gadis-gadis yg diproposed ini?


p/s: tidak berkaitan dengan saya..

Wednesday, November 26, 2008

TAG from DADDY...

Uhuhu.. TAG dapat 18.11 lagi.. ni dah nak masuk bulan 12 dah.. baru nak dilunaskan.. ampun ye Daddy.. farah sesangatla byk keje.. uhuuu..

Da Instruction : Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog. (Wow..ni cam tag tuk mengorek rahsia ku jerkk.. xpe.. farah jenis yg sharing.. not a big deal,ahaa..)

1. Farah penah kena operate (total thyroidactomy) - Pada 21.7.08, masuk wad 20hb, operate 21 hb pada jam 11a.m, kua kul 3.30p.m.. then discharge pada ari isnin da next week (9 ari gak ler kat wad).. sebabnye kalsium dalam badan plak low (bwh tahap minima).. smpai skrg pun stil lagi on kalsium, tp da cut off da skit dos - ikut nasihat doc yg review..

2. Farah mudah sayang n kesian kat orang - mudah sayang org ekk.. uhuhu.. ni la kelemahan Farah yg paling nyata.. sebabnye sayang ni melibatkan hati farah.. mudah sayang n mudah xsuka.. selagi xkawen, gini la Farah kot.. da kawin InsyaAllah setia la pada suami sorang..

3. Workaholic - mmg keje je manjang (uhuhu power lense naik lagi ni.. asyik ngadap laptop je).. kekadang lupa time rehat n time balik.. mgkin sbb still single kot.. xbanyak menda nak kena pikir..

4. Sgt suka kucing n binatang2 yg kiut miut - anak kambing n anak biri-biri sgt cantik.. ibu kambing yg tengah bunting pun cantik n cumil.. anak kambing n anak2 lembu berlari2.. alahai.. cam nak amek n simpan kat bilik je rasa..

5. Mudah terpengaruh - contohnye, org terdekat cakap, lagu ni best.. Farah dgr n then akan bersetuju n akan suka gak lagu 2.. cth nye la.. mudah jugak terpengaruh ngn pendapat & falsafah org sekeliling terutamanye mereka yg rapat ngn Farah.

6. Kuat cemburu - sgt kuat cemburu.. pakwe de kwn pompuan xleh.. Farah d ramai kwn laki xpe.. ehehe... xbiase berkongsi beb.. huhuhu..

7. Ganas - Farah rasa cam Farah ni telebih gen lelaki jela.. bawak kete laju.. jalan xmacam pompuan dll lagi lah.. mmm...




Malique ft. M.Nasir - Mantera Beradu

Masih belum sempurna

Gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia

Kulitku tebal ku bebal ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
biniku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acap belakang parang

Hunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Yo!! Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi

Peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron testarossa
cita-cita sosa KL KL Cosa Nostra
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura-kura salah jawab pantun naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju

Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belot maut

Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Puisi hatimu
hatimu puisi
palu hatiku
palu hatiku

Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku berbahasa baku
tata kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna


P/S: Lagu-lagu M.Nasir kebanyakannya berkisarkan keTuhanan dan jati diri serta kehidupan kita sebagai hamba didunia ini sebelum kedunia yg sememangya pasti dan dijanjikan kelak..

Lagu Mantera Beradu ni mmg saya sgt minat.. Bila dihayati dan difahami, lagu ni sebenarnye mempunyai maksud yg mendalam dan tersirat.. sehinggakan kekadang memberi erti yg berlainan..
Apa pendapat anda?

Saturday, November 15, 2008

Tag oh Tag!!

Nanchan anta msg.. dia tag saya.. ayarkk... tag lagi? beru je bayar utang KakChk,hehe.. Ok lah.. pegi jugak le kat page dia amek tag 2.. AYARKKKKK!!! 90soklan? uhuhuhu... nak pengsan rasa.. hahah... but i'll try my best ekk.. dah alang2 tengah free mree ni.. uhhuhu.. apenyer ayat daa..

Ni soklan dia.. (nanchan abeskan 2btg rokok tuk abeskan soklan ni.. saya plak?) uhuhu..

01. Real name : Farah Azura
02. Nickname : farah
03. Status : in a relationship, so confusing, terumbang ambing (hahah...)
04. Zodiac Sign : taurus
05. Gender : female..
06. Age : 25 taun..
07. High School : SMK Puteri, Kota Bharu..
08. College : Kolej MAtrikulasi Perlis, UiTM Dungun..
09. Height : Around 163 - 164cm
10. Weight : 55kg
11. Do you like yourself : I likeeee.... Alhamdulillahh...
12. Piercings : .....
13. Right or left : Right..
14. Are you a freak : what do u think? ehehe..
15. Hair : Straight & long (tp da nak g potong dah nati,uhuhu..)
16. Skin : Malay type
17. Allergic : debu & habuk (mesti bersin - 2je,ehehe..) lagi 1, alergi ngn lelaki gatal & miang xsedar diri.. hampeh toll!!! dah ade anak bederet pun gatai2 lagi ( eh, temasuk dalam alergik ke ni? confius again.. hahahha)
18. What are you doing now : waiting my boss siap discuss ngn client
19. What will you doing 1 hour later : smbung wat keje..
20. What will you doing 10 years later : menjadi isteri yg solehah.. ibu yg paling best pd anak2ku.. ade kga yg bahagia.. InsyaAllah..
21. Live with mother/father/parents/family : yes i am..
22. Siblings(included you) : 12 (mmm... hehehe...)
23. Eldest : 34years old.. my big bro.. uhuhuh..
24. Youngest : my youngest bro.. (si mata kuyu yg berumur 9taun..)
25. Love/hate your family : love of course.. love them very much!!
26. You found your another half : not sure..
27. If yes, who is he/she : .......
28. Who you want he/she to be : ......
29. Time(s) you in relationship : ......
30. Ever woo boy/girl :?
31. Anyone woo you before : xsure.. xde kot.. ntah..
32. Did anything wrong to your other half : a little bit..
33. What was/were the wrong you had done : x de.. yeke? ade kot.. uhuhu..
34. Ever argue with your other half : erm? kekadang.. haha..
35. You with your other half since : 24.04.07..
36. Are you straight : smtimes..
37. Reasons you love your other half : aduyaii... tatau la nak jawab yg ni.. ade ke love? tgh kucar kacir la skrg ni.. xsswai.. uhuhuh..
38. You and your other half in which stage : stage first.. erkk... sume de bape stage ekk??
39. You woo he/she or he/she woo you : ....
40. Ever think of marry he/she : not sure yea..
41. Your first best friend : moknik
42. Your first enemy : nat! jap nak pikir... emm.. uhuhu... jin iblis syaitan laknatullah jela kot..
43. The friends you love the most : all
44. The enemy you hate the most(1only) : dajal
45. Your most beautiful girl friend : sume beautiful.. baik budi pekerti, terus dia beautiful pada saya..
46. Your most handsome boy friend : same with above..
47. The kind of girl you hate the most : yg talam dua muka..
48. The kind of boy you hate the most : yg talam dua muka..
49. You fall in love with your close friend before : yes.. eh x.. dia yg fall in love with me 1st.. uhuhu..
51. If your friend backstabbing you : bia la dia.. sume akan terbongkar juhgak nati.. xpayah nak kecoh2.. manusia tatau, Allah ade..
52. If your friend betray you : xpenah lagi rasanye n malas nak pkr.. lebey kurang yg atas jer..
53. If your friend woo your lover : bia la.. kalu dah jodoh dia..
54. If your friends fall in love with you : mmm,... ntah.. malas dah nak try.. cam da tau je hub 2 akan fail..
55. If you fall in love with your best friend : Oh, NO!!
56. Are you a good student : xpun.. saya malas blaja.. uhuhuhu.. sgt malas..
57. You always done your homeworks/assignments : kekadang.. (dgn perasaan yg sgt malas n keterpaksaan tahap maksimum..)
58. The teacher/tutor you love the most : MR Moktar (lect audit) love me but as a student laaa...
59. Always late to school/college : kekadang.. sesaje je nak tunjuk muka tebal..
60. Your class : kekadang..

berhenti jap.. urut2 leher... uhuhuu..

61. You love your seniors : xde..
62. Senior who you love the most : xde..
63. Your classmates good/bad : good
64. Excellent result classmate : Mr Asri kot.. hahha... budok bijok nie..
65. Laziest classmate : saya.. hehe..
66. Smart people : mmm.... ntah.. too wide to specific..
67. Stupid people : sume cerdik..
68. Good looking people : sume org..
69. Ugly people : x de.. sume Allah wat cantik..
70. Funny people : saya..
71. Cute people : sume baby2 kat dunia ni..
72. Bad people : xsure..
73. Honest people : saya honest.. tp xsume part honest.. bab hati perasaan kenkadang x honest.. uhuhuu... dishh utk farah.. ayarkkk...
74. Acting people : sometimes..
75. You are what kind of people : erm..x tau nk cakap cam ner.. mudah sayang org.. mudah jatuh hati.. uhuhuhu... aduila.. farah.. farah.. sesape yg nak brain wash @ motivate farah, amatlah dialu2kan..
76. Lip or eyes : lip
77. Hugs or kisses : both..
78. Shorter or taller : both..
79. Hesitant or spontaneous : both..
80. Nice stomach or nice arms : ntah..
81. Listener or talker : both..
82. Romantic or rich : romantic.. ehehe..
83. Good husband or Good Father : mmm... both..
84. Age to get marry : 26 probably..
85. Numbers of kid(s) : 8 hopefully.. hehe..
86. Career : yg paling pasti a gud wife, mother n housewife..
87. Salary : ntah...
88. Retirement age : ntah..
89. Properties value : cannot be measured..
90. Wishes : smga farah azura akan berjumpa dgn seorg lelaki yg menyayangi dia kerana Allah.. ade ke? Tp farah penah baca.. kita xleh pilih lelaki yg sayang kat kita ataupun yg kita sayang.. uhuhuhu.. so so confius.. ni kena tnye KakChik ni..

Huargghhh!!! da abes dah.. so sume friend kat blog farah yg linked kat sebelah ni, u all kena TAG!! ur turn to cmplete these question.. uhuhhuh... all da best, k... hahaha...

Tag by KakChik

Cakkk!!!

Aduyai, lama sungguh rasanye farah x update blog ni.. 2yg malas nak wat blog ni dulu 2.. mmg risau xcukup masa.. ni pun baru nak bayar hutang KakChik nie.. uhuhu...lamanye saya berhutang ngn KakChik.. maaf banyak2 KakChik.. hehe.. Ni pun seb baik de luang kit.. kdg2 member ym pun bosan ngn farah.. tegur2, buzz!! buzz!! tp farah xjawab.. bukan ape.. priority farah skrg ni kat keje.. kekadang 2 xleh nak concentrate keje kalu berBlog n berYM smbil keje.. uhuhu.. teruk kan farah ni..

Haa... ni pun dia tag KakChik :

Rules:
  • snap work station anda
  • then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
  • iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
  • tengok contoh yang dibuat nih...
  • begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
  • sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
  • kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
  • tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..
[@LiYaNNuaR] [azza] [kinhashim] [KakChik] [Farah]

Haa... 2 la dia jawapannye.. arini farah kat tgkat bawah sbb angah xmai keje.. demam katanye..
Arap KakChik puas ati, hihhi... tp farah malasla nak tag org.. mmm... sape yg terasa diri 2 xde keje n nak merasa kena tag 2, bagitau ekk.. nati farah tag anda.. :)

Tuesday, November 11, 2008

Tag By Kak Izan

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair... Just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this

uhuhu... tgh byk2 keje ni, Kak Izan tag me.. xpe2.. hikmah dia.. leh release kit tension.. da 2 ari lepas lagi rasanye ken tag.. tp arini baru smpat bukak.. sori kak.. lewat.. uhuhu..
n here u r.. my tensionist pic.. org audit nak mai seh mggu nie.. huhu..

~ ahaha..smpat lagi sengih 2.. (tried to smile,uhuhu..) ~

# see kak izan's page beside me? mmm... mmg time ni my bos xde n nak relaxkan mata ckit.. 2yg bukak tag kak Izan ni.. hahah... Kak Izan.. TQ.. #

Mmmm....... xaci kalu farah yg kena jer.. nak tag kamu sume gaks!! n anda sume telah di tag oleh Farah...

Berapa Harga Isteri Anda??

Rasanya ramai yg dah pernak baca artikel ni.. tp jom kita sama-sama refresh balik ilmu ini..

Mulianya seorang isteri disisi Allah.... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak....jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak…. Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala....jangan buat deekkk jeee (Maksud lebih kurang cam2..) Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih… Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah....
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

~ From Mr Pariey ~